|
|
| Tuesday, 12-Sep-2006 14:22 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Tips Menghargai Pasangan: Isteri Dulu….
|
|
Tips ini adalah untuk pasangan yang sah dinikahkan, bagi yang belum tu, boleh jugak baca untuk knowledge;
1. Anggap pasangan seperti diri sendiri
Menganggap pasangan sebagai diri sendiri yang harus dihargai, dibelai, dihormati, disayangi dan dikasihi. Semua orang suka dibelai dan dikasihi apatah lagi pasangan suami dan isteri. Mengapa selepas berkahwin cinta tidak sehangat sewaktu bercinta. Inilah yang sering diabaikan oleh banyak pasangan. Pasangan anda adalah cerminan diri anda sendiri. Kemana pun anda pergi potret wajahnya perlu anda bawa bersama. Jika ini diamalkan selalu, rumahtangga akan menjadi bahagia.
2. Isteri bukan pembantu rumah
Banyak suami menganggap bahawa kerja-kerja rumah adalah tanggungjawab isteri seratus peratus. Walhal dalam Islam sendiri tidak ada hukum yang mengatakan bahawa isteri wajib melakukan kerja-kerja rumah. Cuma, ajaran Islam mengatakan bahawa wanita berkahwin yang taat dengan suami dan Tuhan, menjaga harta dan maruah suami dengan sebaik akan dijamin masuk syurga. Itu sahaja. Atas jaminan inilah ramai wanita tidak berkira dengan kerja-kerja rumah yang mereka lakukan selama ini.
3. Isteri adalah manusia
Mereka ialah kaum wanita yang penuh dengan perasaan emosi. Apabila mereka redha dan bahagia dengan setiap perkara yang mereka lakukan, maka perasaan mereka tenang dan gembira. Namun jika mereka tertekan dengan apa yang berlaku, maka emosi mereka mulai berkecamuk dan sering ingin mencari jalan keluar daripada masalah yang mereka hadapi.
4. Ingat tarikh penting
Manusia memang suka dihargai dan dikejutkan dengan pemberian hadiah oleh sesiapa sahaja apatah lagi daripada orang yang disayangi. Jika suami seorang yang prihatin dan menyayangi isterinya, apalah salahnya jika dia memberikan hadiah kepada isterinya. Hadiah tidak perlu terlalu mahal. Cukup sekadar seutas jam ataupun sehelai tudung. Jika 'budget' anda tidak mencukupi, sekuntum bunga dan sekeping kad sudah memadai. Hati isteri akan tersentuh dengan pemberian hadiah dan lebih terharu jika anda sempat menulis sepatah dua kata penghargaan di dalamnya seperti 'terima kasih di atas segala pengorbanan sayang selama ini'
5. Bantu ringankan tugas isteri
Suami perlu turun padang membantu isteri, jika setiap hari isteri anda bertungkus lumus memasak, membasuh dan mengemas rumah. Maka suamipun perlu membantu. Jika anda tidak mahir memasak makanan yang berat seperti lauk pauk cukup sekadar menggoreng ikan atau telur. Cuba perhatikan isteri anda yang sedang menikmati makanan yang anda masak. Tentu dia berasa gembira dan tersenyum.
6. Bawa isteri berehat
Kebanyakan suami menganggap berjauhan daripada isteri adalah suatu kebebasan baginya. Kerana isteri tidak dapat menghidu apakah yang dilakukan di belakangya. Kini, anda cuba terbalikkan situasi ini. Sentiasa bawa isteri berjalan-jalan dan berehat di tempat-tempat peranginan yang menarik seperti Genting Highlands ataupun Fraser Hills. Walaupun ia nampak remeh, tetapi setiap isteri pasti akan menghargai saat-saat manis sewaktu berehat di situ.
7. Ciuman khas untuk isterimu
Cuba anda tanya diri sendiri bilakah kali terakhir anda mencium dahi isteri anda ketika dia berehat setelah begitu penat bekerja. Tahukah anda ciuman anda di dahi atau kucupan di bibirnya dapat menghilangkan segala kepenatan dan tekanan pada dirinya hari itu. Begitulah kuatnya kuasa ciuman suami kepada isteri.
8. Beri pujian kepada isteri
Jangan lokek memberi pujian kepada isteri dengan mengatakan dia cantik dan kemas. Pujian ini penting untuk menaikkan semangat isteri tatkala semangatnya hilang dan luntur. Memanglah wajar isteri penat jika dia terpaksa bangun pagi seawal lima pagi bagi memastikan semuanya beres demi kemudahan suami dan anak-anak. Kemudian tidur pula paling lewat kerana sibuk menyediakan persiapan untuk esok hari.
9. Dengar pendapat isteri
Suami isteri perlu sering bertukar-tukar pendapat tidak kira taraf pendidikan atau profesionalisme mereka. Isu-isu semasa boleh dijadikan sebagai 'ice-breaking'. Kemudian, berbincanglah tentang hal rumahtangga dan masa depan. Suami boleh bertanyakan pandangan isteri tentang problem kerjanya. Malah isteri tentu berminat hendak mengetahui 'gosip' pejabat selepas seharian berhempas pulas di rumah. Dari situ isteri dapat mengenali karektor rakan-rakan pejabat suami secara tidak langsung.
10. Penuhi hajat isteri
Bukan semua hajat isteri boleh dipenuhi oleh suami. Jika isteri berhajatkan sebuah mesin basuh ataupun mesih jahit, pihak suami mungkin terpaksa berfikir dua atau tiga kali sebelum memenuhinya. Bagaimanapun, jika anda tidak berjaya memenuhi hajat isteri untuk masa yang terdekat, simpanlah hajat isteri anda itu dan tunaikanlah apabila anda berpeluang kelak. Bukankah pemberian itu melambangkan habawa anda adalah suami yang amat menghargai pengorbanan isteri.
Selamat menunaikan tanggungjawab masing-masing dengan seikhlasnya... "Sahabat yang soleh malunya mengatasi perawan, beraninya mengatasi pahlawan, cintanya bukan pada gambaran, rindunya bukan pada pertemuan, tetapi di hatinya.."
|
|
|
|
|
|
| Monday, 11-Sep-2006 15:21 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Catatan seorang anak...
|
|
sebagai seorang anak....apa yang mampu kita lakukan buat mak ayah kita sebagai membalas jasa mereka?? Yang termampu cuma membahagiakan mereka sedaya kita...wang berjuta pun tidak mungkin dapat membalas jasa ibu ayah pada kita selama ini. Alhamdullillah mak aku dah sembuh dari breast kansernya...tapi 2 minggu yang lepas mak aku kena attack xleh bernafas..teruk sangat..x tahan aku tengok. Selasa 29/8/06, mak aku batuk-batuk,so adik aku,shikin bawak mak g klinik after maghrib tapi kuar klinik je mak aku terus muntah2...mlm dalam kul 8.30 adikku yang bongsu,ahmad tepon bagitau mak tak sihat suruh datang. Aku siap2 ngan zaidi g cempaka. Sampai terus mak aku nangis dan kata die rasa sakit sgt pada dada. Aku cuba urut sambil baca ayat kursi dan surah2 yang patut...sambil zaidi pun tolong urut kaki mak yang sejuk sgt!!. mak aku masih terus dgn muntah.. buatkan dia susu panas campur lada & kunyit..lepas minum baru mak aku lega sikit...ajak g hospital mak aku kata x larat...
Rabu 30/8/06, aku g keje macam biasa balik ptg tu, shikin dtg amik terus balik umah mak...mak aku still lemah sgt..tgk keadaan makin teruk....(actually aritu aku ngan adik2 plan nk g tgk cite shah rukh khan yg baru kat klcc)...kiteorg decide nak bawak gak mak ke hospital...so after maghrib kiteorg ke PUSRAWI. Sampai terus nurse bagi oksigen...check bp...dlm 20 min gitu baru doktor dtg...doktor periksa...then die kata kena x-ray....so buat x-ray....after dapat relust die kata better ke UH je coz rekod mak ade kat sana masa buat operate cancer june 2000. So, call bapak tanya opinion...then terus ke UH,jumpa bapak kat sana je....Sampai UH da 11 mlm....register kat emergency dlm 15 min die panggil....amik temperature,bp then die suruh tunggu kat luar....mak aku dah ngantuk dan letih sgt sbb baru je lepas dimasukkan oksigen.Suhu mak aku masa tu dah 38.9C...tinggi.Kul 1.30pg doc panggil, die tgk x-ray dari pusrawi,die suruh buat ECG...result ECG..irregular,so kena buat blood test yang makan masa 2 jam...sebab nak tahu sakit apa,kiteorg tunggu gak...tapi bapak & zaidi balik dulu sbb esok dieorg keje wlupun MERDEKA!!. Lepas dah 2,3 kali adik aku masuk bising sebab lembab sgt dah kul 4.30 pun x panggil2 mak aku yang x larat...barulah doktor suruh masuk.Dari ujian darah, doktor kata mungkin ada kencing manis,tapi nak confirm kena re-check balik. Balik da pukul 5.30 pagi...
Jumaat 8/9/06, adik aku shikin bawak mak g UH jumpa pakar kanser,doc bagi appt 18/9/06 untuk buat CTSCAN. Now mak aku nampak ok tapi batuk still ade, aku harap bukan kanser lagi yang buat mak aku menderita sepanjang 2 minggu ini. Setiap kali sembahyang aku berdoa,semoga Allah sihatkan kesihatan mak dan bapak aku...aku nak dieorg sihat & ceria seperti selalu..biar panjang umur untuk bersama cucu2 mereka nanti..dan yang paling penting tengok adik bongsuku, Ahmad berjaya dalam pelajaran coz tahun nie die SPM. Cukup dah ape yang mak aku lalui sepanjang tahun 2000 & 2001 bersama radioterapi dan chemoteraphy.....
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 10-Sep-2006 16:21 |
Email | Share | | Bookmark |
|
a writes on my mom - THE STAR 10/9/06
|
 |
|
Rugayah bt Abdul Wahab had the full support of her husband in he
|
|
|
How hubby helped
By TEE SHIAO EEK
WHEN Rugayah bt Abdul Wahab had to go for a mastectomy procedure back in April 2001, she asked her doctor if she could postpone the surgery.
This was after she had discovered a lump in her breast, and tests had confirmed that it was breast cancer.
Her doctor asked her, “Why, is it because you want to see a bomoh?”
“I said, no!” Rugayah exclaimed laughingly. “That never crossed my mind! It’s just that my husband was outstation at that time, and I wanted him to be around during my operation.”
Rugayah bt Abdul Wahab had the full support of her husband in her fight against breast cancer.
Not only was her husband around during the surgery, he made sure that he was by her side for everything else.
“He accompanied me for everything – 15 sessions of my radiotherapy and six cycles of my chemotherapy. Every day, he was with me,” she says, looking fondly at her husband sitting next to her on the couch.
“That’s what you must do as a husband,” he interjects. “Husbands should always give encouragement to their wives. She is going through radiotherapy and chemotherapy, there is a lot of mental torture for her. You must always give her your full support and be by her side.
“Don’t take this as an opportunity to neglect your wife,” he adds, irked by the idea that some men abandon their wives during this critical time.
Although the diagnosis of breast cancer must have come as a shock to Rugayah, she maintains that she did not shed a tear.
“I accept the fate that God has written for me,” the mother of three says calmly.
Encouraged by the knowledge that her cousin had successfully overcome the same hurdles two years ago, she accepted the treatment recommended to her by her doctor, including having to remove her right breast.
“I accepted it because it was for my own good. And yes, in the beginning, when I looked at myself in the mirror, I did feel quite sad. But with time, that sadness subsided.
“The breast is not so important, your life is most important above all. I wanted to live another 20 years. I wanted to see my children graduate, I wanted to see my son going on his first date, I wanted to perform the haj and go on holiday with my husband...there were so many things in life that I wanted!” she recounts.
Rugayah even turned down her doctor’s offer to do breast reconstruction surgery, as she had no qualms accepting herself for what she was.
But was her husband able to accept her?
“I don’t ever think of her as a breast cancer patient,” he says firmly. “The most important thing on my mind is that she must be healthy. Our lives go on as usual, our relationship has not been affected at all.”
Rugayah advises husbands of breast cancer survivors to accept their wives. “You love her as a whole person, not for certain parts of her body!” she points out.
Laughter fills the living room as Rugayah and her husband chat away cheerfully, despite the late hour of the night.
Rugayah is a living testament that having cancer is not all that people fear it to be. “Don’t think that breast cancer is the end of the world. I find that there’s more to life than breast cancer,” says Rugayah, who is actively involved in the activities of the Breast Cancer Welfare Association. She was part of the Pink CHallengers team that competed in the Penang International Dragon Boat Festival last year, much to her husband’s excitement.
Even after her operation back in mid-2001, she went right back to doing her volunteer work for the XXI SEA Games, which was being held in Kuala Lumpur then.
“After my work in the SEA Games was over, I went for chemotherapy and radiotherapy,” says this intrepid lady, who braved it through the initial nausea and vomiting, and stayed healthy throughout the six cycles of chemo. Not even once did she consider going to the bomoh or taking alternative therapy.
It’s now just a little over five years since Rugayah was first diagnosed with breast cancer. Some of the things that she wished to experience in life have already come true. Her two older daughters have graduated as engineers, her eldest daughter was married last year and her son is already in Form Five.
“My doctor says that I am healthy and I am very happy with the results,” she smiles.
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 17-Nov-2004 04:03 |
Email | Share | | Bookmark |
|
buka puasa
|
|
kite org (ANOC) di belanja vendor utk berbuka di hotel....[/color][i]
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 19-Sep-2004 03:24 |
Email | Share | | Bookmark |
|
engagement day 19/9/04
|
|
selepas sebulan 20 hari kenal aku tunang dengan MOHD ZAIDI BIN ALI.....ermmmm mmg terlalu awal utk kenal hati budi orang tapi dah takdir memnentukan . Aku tunang pagi dalm kul 11...buat kecil-kecilan je kat rumah lama mak di kg.baru (tempat aku membesar sepanjang zaman remaja dan bujangku). Rombongan dari pihak lelaki dalam 30 orang dan gitu jugak dari pihak aku. Tema warna dari pihak aku...PINK! (my fav colour) & GOLD dari zaidi. Antara yang menarik masa aku tunang ada suap menyuap gula oleh pakcik2 & makcik kepada aku & zaidi. Adat nie ikut belah bapak aku...kata orang suapkan manisan pada pasangan bertunang biar manis sementara menunggu jadi ratu sehari agaknye kot . Apapun semua berjalan lancar dan di harap jodoh ke jinjang pelamin. Member ofis yang datang..lin,zaida....member st.mary...farah,adik & fadhil,tisna,zurairah & lin...geng utm lak...as,ge & k.pah.. hantaran aku buat sendiri,so enjoy d pictures!!!
|
|
|
|
|